Buat carian atas talian / bahan rujukan mengenai topik berikut;
Peranan dan kepentingan model pengajaran seperti model ADDIE dan model ASSURE; lihat persamaan dan perbezaan kedua-dua model ini.
Apakah impak penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bincangkan.
EDU3105IPGKTB
Tuesday 24 July 2012
Sunday 8 July 2012
AKTIVITI AMALI FOTOGRAFI 9 JULAI 2012
Salam sejahtera,
Aktiviti hari ini ialah untuk memberi peluang pelajar menguasai kemahiran fotografi.
Dengan menggunakan 3 fungsi utama yang terdapat pada DSLR, iaitu ISO, aparture dan speed, pelajar dikehendaki mengambil gambar-gambar di sekitar kampus IPG KTB di dalam kumpulan masing-masing.
Foto berkenaan mestilah merupakan foto bersiri yang menggunakan teknik-teknik berikut,
Selamat beraktiviti. Gunakan kemudahan dengan bijaksana dan jaga keselamatan diri serta kumpulan anda.

- Close up
- Jarak Jauh/ Sederhana
- Panning
- Pembekuan
- Sepertiga
- Simetri
- Perspektif
Selamat beraktiviti. Gunakan kemudahan dengan bijaksana dan jaga keselamatan diri serta kumpulan anda.
Tuesday 26 June 2012
MEDIA PENGAJARAN
MEDIA
Media dalam bidang pendidikan
telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan
pendidikan dan pengajaran.
Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah
media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai
ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media
filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit
dari golongan bahan-bahan mendidik."
Menurut B.J Enright (1972) pula, "media
ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali
maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan
cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik".
Jadi fungsi media ialah untuk memperolehi,
memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan
dua jenis maklumat ini. Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa "media
pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada
lapan iaitu:
· Media tayang kaku (transparensi,
slaid, mikrofilem dll)
· Media tayang gerak (video, filem,
cakera dll)
· Grafik (lukisan, poster, kartun
dll)
· Gambar kaku (gambar foto, kad
imbasan, poskad dll)
· Media pameran (model, boneka,
diorama dll)
· Media paparan (papan kapur, papan
flanel, papan berita dll)
· Media audio (tutur, pita audio,
cakera padat dll)
· Media cetak (modul pengajaran,
buku teks, akhbar, majalah dll)
FUNGSI MEDIA
Membuat Pengajaran Lebih Tersusun
Mengikut pendekatan sistem, media
adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam
pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih
dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga
peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut
keperluan penuntut dan objektif pembelajaran.
Memberi maklumat
Berbagai media yang didapati,dari
segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan dan radio,
filem, slaid dan sebagainya.
Pembelajaran
Menjadi Lebih Dekat
Sesuatu perkara yang perlu
dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar
foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik
darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid
kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa
masuk ke kelas.
Memperkayakan
pengalaman
Media seperti filem boleh
memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat
salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan
menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran
seperti itu.
Pembelajaran Lebih
Seronok
Pembelajaran berlaku apabila
terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain
pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada
pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok
melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid
akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku.
Pengajaran Lebih
Bersifat Individu
Jika pengajaran guru dirancang
dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada
setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran
dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja.
Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan
pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak
perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru
mengikut tahap kebolehan murid.
KONSEP DAN DOMAIN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Konsep Dan Domain Teknologi Pendidikan
Pengenalan dan Konsep Teknologi
Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan
pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun
(other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga
tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).
Pengenalan Saintifik
Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan
dinyatakan dalam bentuk satu prinsip.
Pengetahuan Lain Yang Tersusun
Pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara
saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar
berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.
Perkaitan Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
• Pengajaran – proses ajar di mana
keberkesanan penyampaian maklumat oleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku
pelajar.
• Pembelajaran – proses belajar yang
berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan
menerima.
Definisi :
Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang
berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran”.
Seels & Reechy (1994):
“Instructional technology is the theory and
practice of designing, development, utilization, management and evaluation of
processes and resources for learning”.
Definisi :
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia,
peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada
pendidikan" . (Crowell (1971):Encyclopedia of education)
Definisi Teknologi Pendidikan oleh AECT 1994:
AECT: The mission of the Association for
Educational Communications and Technology is to provide international
leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use,
and management of technologies for effective teaching and learning in a wide
range of settings.
Goals:
- Define the disciplines and professional
activities that comprise the field of educational communications and
technology.
- Serve and represent professionals in the field
and support professional growth.
- Advance scholarship and practice that
contribute to and enlarge the knowledge base of the field.
- Promote policies that ensure the humane and
ethical use of educational communications and technology at all levels,
from the personal through the international.
“Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan
tentang mereka bentuk, membangun, mengguna dan menilai proses serta sumber
untuk pembelajaran”.
Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan
Malaysia (1988):
Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks
dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional
bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea,
tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Domain Dalam Teknologi Pendidikan:
Melalui 2 fasa, iaitu:
Fasa pertama: Tahun 1977
Fasa kedua: Tahun 1994
Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama:
Fungsi Pengurusan Pengajaran:
Memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan
berkesan, iaitu:
- Mengarah
- Menyelaras
- Mengawal fungsi
Fungsi Pengembangan Pengajaran:
- Peringkat penyelidikan
- Peringkat mereka bentuk pengajaran
- Peringkat penerbitan
- Peringkat penilaian dan pemilihan
- Peringkat penggunaan
- Peringkat logistik
Fungsi Sumber Pembelajaran:
- Mesej
- Manusia
- Peralatan
- Teknik
- Lokasi
Domain Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Fasa Kedua:
- Rekabentuk
- Pembangunan
- Penggunaan
- Pengurusan
- Penilaian
REKABENTUK
- RB Sistem Pengajaran
- RB Mesej
- Strategi Pengajaran
- Ciri-ciri Pelajar
PEMBANGUNAN
- Teknologi Percetakan
- Teknologi Audiovisual
- Teknologi Berasaskan Komputer
- Teknologi Bersepadu
PENGGUNAAN
- Penggunaan Media
- Inovasi
- Pelaksanaan
- Polisi dan Peraturan
PENGURUSAN
- Pengurusan Projek
- Pengurusan Sumber
- Pengurusan Sistem Penyampaian
- Pengurusan Maklumat
PENILAIAN
- Analisis Masalah
- Pengukuran Rujukan
- Kriteria
- Penilaian Formatif
- Penilaian Sumatif
Kesimpulan:
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang
meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi
menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
REKA BENTUK PENGAJARAN
PENGENALAN
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.
REKA BENTUK PENGAJARAN
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.
Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.
Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN
Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama.
Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:
i. Model ADDIE
ii. Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v. Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix. Model Dick and Carey
x. Model Air Terjun
xi. Model Prototyping
xii. Model Smith and Ragan
xiii. Model Jerold Kemp
xiv. Model Gerlach and Ely
xv. Model Diamon
Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi
Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.
Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).
Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).
Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
MODEL ADDIE
Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
Analisa(Analysis)
Reka Bentuk(Design)
Pembangunan(Development
Perlaksanaan(Implementation)
Penilaian(Evaluation)
Matlamat perisian
Objektif perisian
Kumpulan sasaran
Kandungan perisian
Pendekatan pedagogi
Strategi penggunaan perisian
Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.
Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.
Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.
Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.
Fasa Penilaian
Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.
Model ASSURE
Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam
model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)
Menganalisis Pengguna
Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.
Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:
i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.
ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).
Menyatakan objektif pembelajaran
Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.
Pemilihan kaedah, media dan bahan
Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.
i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.
ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:
a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran
Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.
Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.
Melakukan penilaian dan pengubahsuaian
Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan
Apabila penilaian dijalankan, kerja-kerja pemurnian dan pengubahsuaian dapat dilakukan bagi menambah baik perisian pembelajaran berkenaan.

Sunday 24 June 2012
Dalam kuliah 1, pelajar telah didedahkan dengan perkara-perkara berikut;
1. Apakah yang anda faham mengenai Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran.
2. Bincangkan persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara domain Teknologi dalam P&P pada
FASA 1 dan FASA 2.
- Maksud Teknologi
- Definisi Teknologi dan perkembangannya dari tahun 1967 hingga kini
- Kepentingan Teknologi dalam P&P
- Definisi P&P
1. Apakah yang anda faham mengenai Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran.
2. Bincangkan persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara domain Teknologi dalam P&P pada
FASA 1 dan FASA 2.
Saturday 16 June 2012
PROFORMA EDU 3105
Nama Kursus
|
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran |
||
Kod Kursus
|
EDU 3105
|
||
Kredit
|
3 (2 + 1)
|
||
Jam Interaksi
|
60 jam
|
||
Prasyarat
|
Tiada
|
||
Semester
|
Empat
|
||
Hasil Pembelajaran
|
i. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan
ii. Memilih dan menggunakan media
pengajaran secara berkesan
iii. Menghasilkan pelbagai media
pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran
iv.
Mengaplikasi kemahiran
teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
v. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran
vi.
Menilai keberkesanan
penggunaan media pengajaran
vii. Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab
|
||
Sinopsis
|
Kursus ini
membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan;
pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran; aplikasi
kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran; pengintegrasian
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; pengurusan
media dan sumber pendidikan.
This course
discusses concepts, theories, practices and development of educational technology; selection,
production, utilization and evaluation of educational media; application of
technical skills in using various instructional media; integration of
information and communication technology in teaching and learning; management
of educational media and resources.
|
||
|
|||
Tajuk
|
Kandungan
|
Jam
|
|
Kuliah
1.
|
Teknologi
Pendidikan
·
Konsep
·
Domain-domain
·
Prinsip-prinsip
·
Peranan dan
kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran
|
2
|
|
2.
|
Reka bentuk
Pengajaran
|
2
|
|
3.
|
Media Pengajaran
·
Konsep
·
Fungsi media dalam
pengajaran dan pembelajaran
·
Jenis-jenis dan klasifikasi
media
|
2
|
|
4.
|
Perancangan,
Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran
·
Model ASSURE
|
2
|
|
5.
|
Asas
Grafik
·
Prinsip
·
Reka bentuk visual
·
Peralatan penghasilan grafik
|
2
|
|
6.
|
Penggunaan Bahan-bahan
2 Dimensi dan 3 Dimensi
· Pengertian bahan 2D
dan 3D
· Jenis-jenis bahan seperti carta, graf,
realia, boneka,
diorama
|
2
|
|
7.
|
Asas Fotografi
·
Sejarah perkembangan fotografi
·
Bahagian-bahagian asas
dan fungsi kamera
·
Jenis-jenis dan
aksesori kamera
·
Jenis-jenis filem
·
Teknik penggambaran
·
Komposisi
·
Fotografi digital
|
2
|
|
8.
|
OHP dan
Transparensi
·
Bahagian-bahagian
dan fungsi OHP
·
Pengendalian OHP
·
Kelebihan dan
kelemahan penggunaan OHP
·
Jenis-jenis transparensi
·
Teknik
penyediaan dan persembahan transparensi
|
2
|
|
9.
|
Bahan
Audio
·
Penggunaan peralatan audio
·
Perancangan dan penyediaan rakaman
·
Rakaman
·
Suntingan
|
2
|
|
10.
|
Penerbitan Video
Pendidikan
·
Jenis-jenis kamera video
·
Bahagian-bahagian dan
fungsi kamera video
·
Jenis-jenis syot
·
Pergerakan kamera video
·
Proses penerbitan video
·
Video digital
|
2
|
|
11.
|
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·
Pemprosesan Perkataan
·
Persembahan Elektronik
·
Hamparan Elektronik
·
Pangkalan Data
·
Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan
·
Penghasilan pakej
multi media pembelajaran
·
Penggunaan Media
Interaktif dalam pengajaran dan
pembelajaran
|
8
|
|
12.
|
Isu-isu dan
trenda terkini dalam Teknologi
Pendidikan
·
Hak cipta terpelihara
(Copyright)
·
Keselamatan
·
Kerahsiaan
·
Kawalan kendiri
|
2
|
|
Amali
|
·
Asas grafik
·
Penggunaan bahan-bahan 2D dan 3D
·
Asas fotografi
·
OHP dan transparensi
·
Bahan audio
·
Penerbitan video pendidikan
·
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
|
2
4
4
2
4
4
10
|
|
Jumlah
|
60 Jam
|
||
|
|||
Penilaian
|
Kerja Kursus
(60%)
Peperiksaan Akhir
(40 %)
|
||
Rujukan Asas
|
Dick,N.
,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The
systematic design of
instruction (6th
ed.)New York:Pearson,
Allyn and Bacon.
Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,&
Smaldino,S.E.(2005). Instructional
Media and Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice
Hall.
Newby, T.J, 1996. Instructional
technology for teaching and
learning. New Jersey: Prentice Hall.
|
||
Rujukan Tambahan
|
Joyce, B.R. (2000).
Models of teaching. (6th
ed).Boston:Allyn and
Bacon.
Priscilla, N.
& Karin, M.W. (2003). Teaching
with technology:
Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson
Wadsworth.
Poh Swee Hiang,
Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan.
(1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran.Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Safian bin Abd.
Rashid (2002). Pengurusan sumber :
Komponen
teknologi
pendidikan.
Timothy,
J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman &
James, D. R.(2006).Educational technology for teaching
and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall.
Yusuf Hashim (1998).Teknologi
pengajaran.Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti.
|
||
Subscribe to:
Posts (Atom)