Tuesday 26 June 2012

MEDIA PENGAJARAN


MEDIA
Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran.
Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik."
Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik".
Jadi fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa "media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:
 
·  Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll)
·  Media tayang gerak (video, filem, cakera dll)
·  Grafik (lukisan, poster, kartun dll)
·  Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll)
·  Media pameran (model, boneka, diorama dll)
·  Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita dll)
·  Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll)
·  Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)
FUNGSI MEDIA
Membuat Pengajaran Lebih Tersusun
Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan objektif pembelajaran.
 
Memberi maklumat
Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.
 
Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat
Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas.
 
Memperkayakan pengalaman
Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu.
 
Pembelajaran Lebih Seronok
Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku.
 
Pengajaran Lebih Bersifat Individu
Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.

KONSEP DAN DOMAIN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Konsep Dan Domain Teknologi Pendidikan
Pengenalan dan Konsep Teknologi
Teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan, Galbraith (1967).

Pengenalan Saintifik
Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu prinsip.

Pengetahuan Lain Yang Tersusun

Pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.

Perkaitan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
•   Pengajaran – proses ajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat oleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar.
•   Pembelajaran – proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

Definisi :
Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran”.

Seels & Reechy (1994):
“Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning”.

Definisi :
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" .  (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

Definisi Teknologi Pendidikan oleh AECT 1994:
AECT: The mission of the Association for Educational Communications and Technology is to provide international leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use, and management of technologies for effective teaching and learning in a wide range of settings.

Goals: 
  • Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology.
  • Serve and represent professionals in the field and support professional growth.
  • Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field.
  • Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international.
“Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.

Definisi oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988):

Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Domain Dalam Teknologi Pendidikan:

Melalui 2 fasa, iaitu:
Fasa pertama: Tahun 1977
Fasa kedua: Tahun 1994

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama:

Fungsi Pengurusan Pengajaran:
Memastikan pengurusan teknologi berjalan lancar dan berkesan, iaitu:
  • Mengarah
  • Menyelaras
  • Mengawal fungsi
Fungsi Pengembangan Pengajaran:
  • Peringkat penyelidikan
  • Peringkat mereka bentuk pengajaran
  • Peringkat penerbitan
  • Peringkat penilaian dan pemilihan
  • Peringkat penggunaan
  • Peringkat logistik
Fungsi Sumber Pembelajaran:
  • Mesej
  • Manusia
  • Peralatan
  • Teknik
  • Lokasi
Domain Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Kedua:
  • Rekabentuk
  • Pembangunan
  • Penggunaan
  • Pengurusan
  • Penilaian
REKABENTUK
  • RB Sistem Pengajaran
  • RB Mesej
  • Strategi Pengajaran
  • Ciri-ciri Pelajar
PEMBANGUNAN
  • Teknologi Percetakan
  • Teknologi Audiovisual
  • Teknologi Berasaskan Komputer
  • Teknologi Bersepadu
PENGGUNAAN
  • Penggunaan Media
  • Inovasi
  • Pelaksanaan
  • Polisi dan Peraturan
PENGURUSAN
  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Sumber
  • Pengurusan Sistem Penyampaian
  • Pengurusan Maklumat
PENILAIAN
  • Analisis Masalah
  • Pengukuran Rujukan
  • Kriteria
  • Penilaian Formatif
  • Penilaian Sumatif
Kesimpulan:
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
REKA BENTUK PENGAJARAN
PENGENALAN
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.
REKA BENTUK PENGAJARAN
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.
Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.
Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN
Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama.
Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:
i. Model ADDIE
ii. Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v. Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix. Model Dick and Carey
x. Model Air Terjun
xi. Model Prototyping
xii. Model Smith and Ragan
xiii. Model Jerold Kemp
xiv. Model Gerlach and Ely
xv. Model Diamon
Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi
Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.
Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).
Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).
Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
MODEL ADDIE
http://rhayent23ukm.files.wordpress.com/2012/02/the_addie_model.jpg?w=604
Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
Analisa(Analysis)
Reka Bentuk(Design)
Pembangunan(Development
Perlaksanaan(Implementation)
Penilaian(Evaluation)
Matlamat perisian
Objektif perisian
Kumpulan sasaran
Kandungan perisian
Pendekatan pedagogi
Strategi penggunaan perisian
Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.
Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.
Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.
Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.
Fasa Penilaian
Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.
Model ASSURE
Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam
model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)
Menganalisis Pengguna
Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.
Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:
i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.
http://rhayent23ukm.files.wordpress.com/2012/02/assure2.jpg?w=604
ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).
Menyatakan objektif pembelajaran
Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.
Pemilihan kaedah, media dan bahan
Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.
i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.
ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:
a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran
Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.
Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.
Melakukan penilaian dan pengubahsuaian
Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan
Apabila penilaian dijalankan, kerja-kerja pemurnian dan pengubahsuaian dapat dilakukan bagi menambah baik perisian pembelajaran berkenaan.




Sunday 24 June 2012

Dalam kuliah 1, pelajar telah didedahkan dengan perkara-perkara berikut;
  • Maksud Teknologi
  • Definisi Teknologi dan perkembangannya dari tahun 1967 hingga kini
  • Kepentingan Teknologi dalam P&P
  • Definisi P&P
SOALAN PERBINCANGAN
1. Apakah yang anda faham mengenai Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran.
2. Bincangkan persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara domain Teknologi dalam P&P pada
    FASA 1 dan FASA 2.

Saturday 16 June 2012

PROFORMA EDU 3105


Nama Kursus

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kod Kursus
EDU 3105
Kredit
3 (2 + 1)
Jam Interaksi
60 jam
Prasyarat
Tiada
Semester
Empat
Hasil Pembelajaran
  i.    Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan
     ii.    Memilih dan menggunakan  media pengajaran secara berkesan
  iii.    Menghasilkan  pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran  
  iv.    Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran
   v.    Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
  vi.    Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran
 vii.    Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab


Sinopsis
Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan; pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran; aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran; pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran; pengurusan media dan sumber pendidikan.

This course discusses concepts, theories, practices and development  of educational technology; selection, production, utilization and evaluation of educational media; application of technical skills in using various instructional media; integration of information and communication technology in teaching and learning; management of educational media and resources.



         Tajuk
Kandungan

Jam
Kuliah
 1.

Teknologi Pendidikan
·         Konsep
·         Domain-domain
·         Prinsip-prinsip
·         Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran-pembelajaran

2



2.


Reka bentuk Pengajaran
  • Pengertian
  • Peranan dan kepentingan
  • Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE
  • Reka bentuk  mesej
2

3.
Media Pengajaran
·         Konsep
·         Fungsi media dalam pengajaran  dan  pembelajaran
·         Jenis-jenis dan klasifikasi media

2
4.
Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran
·         Model ASSURE

2

5.
Asas Grafik
·         Prinsip
·         Reka bentuk visual
·         Peralatan penghasilan grafik

2
6.
Penggunaan  Bahan-bahan  2 Dimensi dan 3 Dimensi   
·        Pengertian bahan 2D dan 3D
·        Jenis-jenis bahan seperti carta, graf, realia, boneka,
      diorama

2
7.

Asas Fotografi
·         Sejarah perkembangan  fotografi
·         Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
·         Jenis-jenis dan aksesori kamera
·         Jenis-jenis filem
·         Teknik penggambaran
·         Komposisi
·        Fotografi digital

2

8.
OHP dan Transparensi
·         Bahagian-bahagian dan  fungsi OHP
·         Pengendalian OHP
·         Kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP
·         Jenis-jenis transparensi
·         Teknik  penyediaan dan persembahan transparensi

2
9.
Bahan Audio
·         Penggunaan peralatan audio
·         Perancangan dan penyediaan rakaman
·         Rakaman
·         Suntingan

2

10.
Penerbitan Video Pendidikan
·         Jenis-jenis kamera video
·         Bahagian-bahagian dan fungsi kamera video
·         Jenis-jenis syot
·         Pergerakan kamera video
·         Proses penerbitan video
·         Video digital

 2






11.
Pengintegrasian  Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·         Pemprosesan Perkataan
·         Persembahan Elektronik
·         Hamparan Elektronik
·         Pangkalan Data
·         Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan
·         Penghasilan pakej multi media pembelajaran
·         Penggunaan  Media  Interaktif  dalam pengajaran dan pembelajaran

  8
12.

Isu-isu dan trenda terkini dalam  Teknologi Pendidikan 
·         Hak cipta terpelihara (Copyright)
·         Keselamatan
·         Kerahsiaan
·         Kawalan kendiri
2
Amali

·         Asas grafik
·         Penggunaan  bahan-bahan 2D dan 3D
·         Asas fotografi
·         OHP dan transparensi 
·         Bahan audio
·         Penerbitan video pendidikan
·         Pengintegrasian  Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dalam pengajaran dan pembelajaran



2
4
4
2
4
4

10



Jumlah
60 Jam













Penilaian    
Kerja Kursus                                                                    (60%)                                                                                                                             

Peperiksaan Akhir                                                           (40 %)                                                                                                          
Rujukan Asas

Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The systematic design of
       instruction (6th ed.)New York:Pearson, Allyn and Bacon.

Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall.

Newby, T.J, 1996. Instructional technology for teaching and
       learning. New Jersey: Prentice Hall.

Rujukan Tambahan
Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed).Boston:Allyn and
        Bacon.

Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology:   
       Designing opportunities  to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson
       Wadsworth.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan.
      (1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran.Kuala
      Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Komponen
       teknologi pendidikan.

Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman &
      James, D. R.(2006).Educational technology for teaching
       and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall.

Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit
       Fajar Bakti.